Sebanyak 10 kementerian memperoleh status pencapaian tahap tertinggi iaitu Cemerlang (Lima Bintang) pada Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 termasuk Jabatan Perdana Menteri.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengeluarkan surat berbentuk e-mel kepada pihak pengurusan tertinggi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk mendapatkan sokongan peribadi dalam menjayakan pentadbiran beliau.

Sebarang bentuk komunikasi rasmi daripada Perdana Menteri akan hanya dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri dan bukannya melalui emel peribadi beliau.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, Dr Mahathir juga tidak pernah menyokong mana-mana laman sesawang yang mempromosikan perniagaan Bitcoin.

Menurutnya, kenyataan ini dikeluarkan susulan dua insiden berlaku dengan nama Dr Mahathir telah disalah guna oleh pihak tertentu dan menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Kedua-dua insiden ini sedang dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

Pejabat Perdana Menteri menasihatkan sesetengah pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahguna nama dan kedudukan Perdana Menteri di dalam surat-menyurat mahupun laman sesawang kerana ini adalah salah di sisi undang undang. – MalaysiaGazette