Sebahagian pelancong asing tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar pada Tugu Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 di peringkat Persekutuan akan diadakan pada September depan.

Perubahan tarikh penganjuran majlis itu daripada tarikh perisytiharan asal pada 31 Julai bagi memberi laluan dan mengelakkan pertindihan dengan beberapa acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai. –

Sempena sambutan itu, majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan itu akan diadakan pada 18 September di Masjid Negara, pukul 7.10 malam.

Istiadat Perbarisan pula dijadual pada jam 8.30 pagi, 19 September di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya dan khutbah khas dan solat Jumaat pada 20 September di Masjid Negara, menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette