Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi semasa pelajar itu berseorangan diri di halaman rumahnya, sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki kereta Perodua Viva berwarna hitam.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas maut digilis tayar lori treler dalam satu kemalangan jalan raya bulatan Bilion di Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) hari ini.

Kejadian berlaku jam 3.32 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa dikenali sebagai Choo Kau Long, 61, berasal dari Pandan Indah, Ampang.

“Mangsa yang merupakan pekerja swasta sedang dalam perjalanan di MRR2 dari Bulatan Billion ke Jalan Kuari, Cheras.

“Hasil siasatan polis di lokasi kejadian, mangsa menunggang motosikal bergerak ke lorong keempat dari Bulatan Billion menuju ke Jalan Kuari sebelum hilang kawalan.

“Mangsa terus jatuh berdekatan tayar belakang treler seberat 65 tan sebelum digilis kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan menerusi WhatApps hari ini.

Mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk proses bedah siasat.

Pemandu treler Latif Sadri, 56 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- MalaysiaGazette