Kim Jong Un. foto Agensi

SEOUL – Pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Un telah melakukan memeriksa kapal selam yang baharu dibina dan menunjukkan kemampuan dan sistem taktikalnya.

Kapal selam, yang dibina di bawah “perhatian khusus” Kim, akan beroperasi di Laut Timur, juga dikenali sebagai Laut Jepun, kata KCNA.

Tetapi, KCNA tidak menerangkan jenis sistem senjata kapal selam tersebut.

Namun, ia melaporkan bahawa Kim menunjukkan kepuasan yang hebat terhadap pembinaan kapal selam itu.

“Di negara di mana timur dan barat negara ini dikelilingi oleh laut, keupayaan operasi kapal selam adalah komponen penting pertahanan negara,” kata Kim.

Menurutnya lagi, Korea Utara “harus terus membangunkan kemampuan pertahanan negara dengan meletakkan usaha besar dalam membangunkan peralatan senjata laut, termasuk kapal selam”.

Kim turut menugaskan pegawai pertahanan dan saintifik mengiringinya dengan mencapai inisiatif yang lebih strategik dalam penggunaan kapal selam, kata media negara itu.