Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak melahirkan ucapan terima kasih atas ingatan orang ramai sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-66 pada hari ini.

Melalui hantaran di Facebook beliau, Najib berkata: “Terima kasih juga kepada semua yang turut mengucap dalam ruang komen FB saya. Thank you to all. Much appreciated”.

Anak sulung kepada Allahyarham Tun Razak Hussein dan Tun Rahah Noah itu dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang.

Facebook bekas perdana menteri itu dihujani ucapan selamat ulang tahun serta doa daripada pelbagai kaum.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah antara yang turut memberi ucapan kepada Najib.

“Selamat Hari Jadi …Boss. Semoga Allah lindungi boss dalam semua keadaan .. Amin,” katanya.

Michelle Chan Hzmn berkata: “Happy Birthday Dato Seri, Bossku! May Allah SWT continue to bless you and your family”.

Seorang warga net, Leslie Wong membuat ucapan: “Terima kasih kepada Dato Seri Najib yang dihormatiku..selamat hari lahir bossku.semoga bossku sihat..gembira..jasamu saya tidak akan lupakan..terutama brim bujang sudah tolong saya 5 tahun lepas..1 Malaysia”.

Manakala, Mohd Iswandy berkata: “Saya sebagai rakyat Sarawak yg terhutang budi mengucapkan selamat hari lahir kepada Dato Seri Najib..terima kasih atas segalanya untuk bantuan kepada rakyt sarawak semasa mnjadi Perdana Menteri..”.

Kulwindr Kaur pula berkata:” Wishing Sahabat Najib Razak a very Happy Birthday today and many happy returns of the day to him. May Allah bless him with a long life and lots of peace and prosperity. May Allah bless you and stay focused on clearing your name against all charges levied against you. Stay strong always – exercise to stay fit mentally and physically. Have a joyous celebration with your family,”.

Seorang netizen, Kenchana Kenchana berkata: “Selamat hari lahir Dato’ seri Najib Tun Razak. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkatimu. Kami rakyat Sabah sayang DSN SEKELUARGA 😍”.- MalaysiaGazette