Pengarah JSJ Bukit Aman,Komisioner Datuk Huzir Mohamed

KUALA LUMPUR- Polis telah mengambil keterangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membantu siasatan kes video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, ADUN yang berusia 34 tahun itu hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira 10 pagi Isnin dan selesai memberi keterangan selama sejam setengah.

“Selain itu, tempoh tahanan reman seorang lelaki yang ditahan di Shah Alam Jumaat lepas yang tamat hari ini, disambung dua hari lagi sehingga Rabu (24 Julai),” katanya ketika dihubungi.

Sehingga kini, polis telah menahan 11 individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan tujuh daripadanya dibebaskan selepas tempoh reman tamat serta keterangan diambil.

Baru-baru ini, klip video seks memaparkan aksi dua lelaki tular di media sosial dan Haziq Abdullah pada 12 Jun lepas mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam rakaman itu.

Khamis lepas, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, analisis CyberSecurity Malaysia mendapati kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast