Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengesahkan Khazanah Nasional Bhd. telah melantik firma Morgan Stanley sebagai penasihat bebas bagi mengkaji pelan pemulihan Malaysian Airlines (MAS).

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Md. Farik Md. Rafik di Parlimen hari ini.

Tambahnya, salah satu pilihan dalam pelan pemulihan terbaharu syarikat penerbangan itu adalah kerajaan sedia untuk menjadi pemegang saham minoriti dalam MAS

Ini bermakna kerajaan sanggup untuk menjual kepentingannya di dalam syarikat itu kerana ketika ini ia memegang 100 peratus kepentingan melalui sayap pelaburannya, Khazanah Nasional.

“Pembeli mestilah mempunyai kepakaran dan kedudukan yang kukuh.

Kerajaan bagaimanapun tidak akan berkompromi dari segi penjenamaan MAS dan tidak akan membenarkan pemberhentian 14,000 pekerja tempatan syarikat tersebut.

Menurut Md. Farik setakat ini masih tiada keputusan muktamad yang telah dibuat. – MalaysiaGazette