Foto Twitter Newcastle

LONDON – Pengurus baharu Newcastle, Steve Bruce  memperkukuhkan pasukannya apabila berjaya mendapatkan penyerang Hoffenheim, Joelinton.

Laman Twitter kelab itu melaporkan, pembelian bernilai £40 juta itu memecahkan rekod kelab beberapa bulan lalu ketika mendapatkan Miguel Almiron dengan £20.5 juta.

Joelinton menjadi pembelian pertama Bruce dan akan diberikan nombor ikonik iaitu nombor 9.

Pemain tersebut setuju dengan kontrak 6 tahun di St. James’ Park.

Joelinton dalam satu kenyataan berkata, dia sangat gembira untuk berada di kelab itu dan sedar pelaburan besar dibuat ke atasnya.

“Ini menuntut saya menjalankan tanggungjawab yang sangat besar.

“Saya sangat bermotivasi dan berharap dapat membalas semua itu di atas padang.

“Steve Bruce teruja dengan pembelian ini dan menganggap Joelinton sebagai pemain muda yang hebat,” katanya.

Newcastle sebelum ini terdesak untuk mendapatkan penyerang selepas gagal meterai perjanjian dengan Solomon Rondon selepas kehilangan dua pemain penting iaitu  Ayoze Perez ke Leicester dan Joselu ke Alaves. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast