TERKINI : Persiapan Istiadat Pertabalan Agong 80% Siap – Mujahid Yusof

Kira-kira 80 peratus persiapan bagi acara-acara yang bakal diadakan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 31 Julai ini telah siap.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof, acara akan dimulakan esok dengan majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat ini di Masjid Negara, Istiadat Pertabalan pada 30 Julai di Balairung Seri Istana Negara dan diikuti Majlis Santapan Diraja keesokan harinya di Dewan Santapan Utama Istana Negara.