CINCINNATI, Ohio – Bahana pengambilan dadah kokain dan pil ekstasi melampau seorang wanita menyababkan bayi kembarnya yang berusia dua hari meninggal dunia.

Akibat ibu yang ketagih dadah, bayi kembarnya disahkan positif dadah jenis kokain dan ekstasi selepas dilahirkan Sabtu lalu.

Bagaimanapun kedua-dua bayi yang belum dinamakan itu disahkan meninggal dunia pada Selasa lalu.

Akhbar The Sun melaporkan kejadian itu berlaku di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat.

Wanita tersebut kini ditahan polis dan dituduh di mahkamah kerana didakwa bertanggungjawab atas kematian kedua-dua bayinya itu.

Tertuduh dimasukkan dalam penjara di Hamilton County, Ohio.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Tiffany dituduh melakukan pembunuhan tahap pertama dengan menjadikan ‘janin’ bayi sebagai mangsa selain diklasifikasikan sebagai penderaan dan pengabaian anak.

Seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai kakak suspek dalam ruang Facebooknya mendakwa adiknya tidak berniat mahu membunuh bayi kembarnya itu dan hanya tuhan yang tahu hatinya sebagai seorang ibu.

Dia mendakwa adiknya yang kini dituduh atas pembunuhan dua anak kembarnya telah melalui kehidupan yang tragis yang mana pernah tinggal sebagai gelandangan di kaki lima sepanjang hidupnya sejak zaman kanak-kanak tanpa penjagaan ibu bapa dengan sempurna.

Tiffany dikatakan telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesukaran bernafas pada Sabtu lalu akibat pengambilan dadah sintetik jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA).

Di Hospital para doktor terus membawa mangsa ke bilik bersalin kecemasan yang mana tempoh kehamilan memasuki minggu ke-23.

Mangsa juga dikatakan sempat berkongsi foto bayi perempuan kembar yang dilahirkan lebih awal dalam keadaan pramatang.

Malangnya, kedua-dua bayi itu meninggal dunia dua hari kemudian akibat pendarahan dalam paru-paru. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast