Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa (kiri) dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan (kanan).

KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas telah mencapai kata sepakat untuk berkerjasama dan memeterai satu piagam bersama.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan bersama hari ini mengesahkannya.

Menurut mereka, piagam itu bagi mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.

“Untuk itu, kedua-dua parti telah memuktamadkan dan akan memeteraikan satu piagam bersama dan satu meorandum persefahaman yang telah siap digubal oleh satu jawatankuasa bersama yang diwujudkan sebelum ini,” kata kenyataan itu.

Kedua-dua parti juga telah bersetuju untuk mengadakan satu majlis menandatangani piagam berkenaan 14 September ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

“Kedua-dua parti memutuskan piagam ini akan ditandatangani sendiri oleh presiden kedua-dua parti dan majlis bersejarah itu akan dihadiri oleh semua pemimpin UMNO dan Pas dari seluruh negara,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast