KUALA LUMPUR- FGV Holdings Bhd. (FGV) dan anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) meneroka semua peluang untuk meluaskan perniagaan gulanya.

Bagaimanapun, ketika ini rundingan masih di peringkat awal.

“Ahli lembaga pengarah FGV ingin memberi penjelasan yang kumpulan ini sedang meneroka semua peluang kerjasama dalam industri kelapa sawit dan gula sama ada dalam sektor huluan dan hiliran.

“Potensi kerjasama itu termasuk pakatan strategik,” katanya dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia hari ini menjawab laporan berita yang mengatakan syarikat tersebut sedang berunding dengan pembeli berpotensi untuk pengambilan alih 51 peratus pegangan FGV dalam MSM.

Tambah kenyataan itu, sejak kilang penapisan MSM Johor mula beroperasi pada tahun ini, jumlah keseluruhan kapasiti penapisan meningkat sebanyak 2.2 juta tan.

Ini membolehkan syarikat memenuhi keperluan domestik dan dalam masa yang sama meninjau pasaran eksport.-MalaysiaGazette