Mangsa bunuh, Alexandra. foto Agensi

BUCHAREST – Ketua Polis Romania dipecat selepas seorang remaja perempuan dibunuh selepas panggilan kecemasan yang dilakukan secara berulang kali tidak dilayan.

Mangsa berusia 15 tahun itu diculik pada hari Rabu lalu tetapi berjaya membuat tiga panggilan dan memberi perincian kepada polis tempat dia diculik.

Keluarganya mendakwa polis tidak mengambil panggilan kecemasan itu dengan serius.

Tetapi polis mengatakan mereka mengalami kesulitan mengesannya.

Gadis itu dikatakan telah mati di tangan penculiknya.

Polis telah menemui mayat remaja itu dengan barang kemas di sebuah rumah dan menahan seorang lelaki berusia 65 tahun untuk siasatan

Mangsa yang dikenali sebagai Alexandra diculik ketika cuba menumpang secara percuma daripada orang yang lalu lalang untuk pulang ke rumahnya di bandar Caracal, kata polis.

Khamis lalu, mangsa telah membuat panggilan kecemasan 112 sebanyak tiga kali.

Media melaporkan mangsa dibunuh oleh pemandu yang menumpang mangsa.

Menurut ketua polis yang dipecat, Ioan Buda, polis hanya mendengar mangsa berkata ‘dia datang, dia datang’ sebelum panggilan terputus.

Susulan itu, polis berusaha mengesan lokasi panggilan dibuat.

Polis hanya mengenal pasti kediaman yang dipercayai tempat mangsa disembunyikan pada jam 3 pagi Jumaat lalu, menurut laporan media.

Walau bagaimanapun, polis kemudian memohon waran geledah – walaupun ia tidak diperlukan secara sah – dan menunggu sehingga pagi untuk memasuki rumah berkenaan.

Polis telah menghantar mayat yang dipercayai milik Alexandra untuk dianalisis, selain mayat seorang lagi mangsa berusia 18 tahun yang hilang April lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast