Tamas Kenderesi . foto Agensi

GWANGJU, Korea Selatan – Polis Korea Selatan telah melarang perenang Hungary, Tamas Kenderesi daripada meninggalkan negara ini kerana disiasat dengan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap pemenang pingat gangsa Olimpik.

Kenderesi, yang bersaing di kejohanan dunia di Gwangju, ditangkap pada awal hari ini berhubung kejadian di sebuah kelab malam, seorang polis di Balai Polis Gwangju Seobu.

Pasukan Hungary mengesahkan Kenderesi telah disoal siasat tetapi dia telah dibebaskan dan kembali ke perkampungan atlet.

Tetapi, Kenderasi tidak dibenarkan meninggalkan Korea Selatan untuk 10 hari lagi.

Yonhap News Agency melaporkan atlet itu telah menafikan dakwaan tersebut.

Pemain berusia 22 tahun itu menduduki tempat terakhir di final 200 meter kupu-kupu lelaki di Gwangju pada Rabu lalu.

Pihak penganjur enggan mengulas kejadian itu kerana ia tiada kaitan dengan pertandingan.

Sabtu lalu, dek di kelab malam Gwangju runtuh dan menyebabkan beberapa atlet asing yang bertanding dalam World Aquatics Championships cedera. – MalaysiaGazette