Rekasi ketua jurulatih pasukan Perak, Mehmed Durakovic pada perlawanan Akhir Shopee Piala FA antara pasukan Perak menentang Pasukan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 JULAI 2019

 

KUALA LUMPUR – Hasrat Perak untuk menghadiahkan Piala FA 2019 ketiga untuk aksi final malam tadi selepas menanti 15 tahun tidak tercapai.

Ketua jurulatih pasukan the Bos Gaurus, Mehmed Durakovic dan pasukannya kecewa kerana tidak dapat merangkul gelaran itu dalam aksi final menentang Kedah malam tadi.

Beliau mengakui aksi pasukannya terencat selepas salah seorang pemainnya Amirul Azhan Aznan dilayang kad merah dan dibuang padang pada minit ke-93 selepas 90 minit pertama perlawanan tamat.

“Persembahan pasukan terencat sedikit selepas ketiadaan salah seorang pemain kami akibat kad merah namun pasukan terpaksa menyusun semula strategi untuk meneruskan perlawanan.

“Namun penjaga gol kami harus dipuji kerana Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy mempamerkan aksi terbaik menafikan setiap asakan skuad Lang Merah,” katanya dalam sidang media selepas aksi final Shopee Piala FA 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Perak dikecewakan 1-0 menerusi hasil jaringan tunggal pemain gantian Kedah Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam pada minit Ke-105 masa tambahan pertama malam tadi di hadapan seramai 83,520 penyokong Kedah dan Perak yang hadir membanjiri stadium nasional itu.

Beliau juga berpendapat pengadil perlawanan yang diimport dari Jepun Takuto Okabe bersama dua pembantunya Akane Yagi dan Osamu Nomura.

Katanya, walaupun mutu pengadilan dari Jepun itu boleh dipelajari oleh pengadil tempatan di Malaysia, beliau lebih selesa memilih pengadil tempatan untuk liga tempatan.

Manakala kapten pasukannya Shahrul Saad ternyata kekecewaannya terpancar di wajah kerana misinya untuk mengulangi kejayaan abangnya membawa pulang Piala FA tidak dapat diwarisinya kali ini.

Malah katanya walaupun tidak mampu menang pada final malam tadi, beliau memuji semangat pasukan yang berjaya mempamerkan aksi terbaik sejak awal musim liga sehingga merentap di final dengan semangat juang tinggi.

“Kami cuma tidak ada rezeki kali ini bagaimanapun kami tidak berputus asa dengan kekalahan ini sebaliknya akan menumpukan perhatian untuk memenangi Piala Malaysia selepas ini,” katanya.

Ditanya mengenai mutu kawalan perlawanan malam tadi oleh Pengadil Import Takuto Okabe, Shahrul berkata:”Saya lebih gemar jika pengadil tempatan kita mengadili liga tempatan,”.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast