Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos. foto Agensi

SAO PAULO – Polis Brazil telah menahan seorang individu dan sedang mendapatkan waran tangkap bagi seorang lagi yang dikaitkan dengan kecurian penghantaran emas di lapangan terbang di sini pada 25 Julai lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menamakan suspek dalam kehilangan 718.9 kilogram emas yang dianggarkan bernilai AS$29 juta daripada terminal kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos.

Firma keselamatan, Brink’s Co, yang bertanggungjawab untuk membawa emas berkenaan ke lapangan terbang berkata dalam satu kenyataan minggu lalu bahawa ia telah menyelesaikan penghantaran dan syarikat penerbangan itu mempunyai hak penuh penghantaran semasa kecurian itu berlaku.

Polis awalnya menganggarkan kecurian itu melibatkan 750 kilogram emas dan logam berharga lain, bernilai AS$ 40 juta. – MalaysiaGazette