Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali. foto HAZROL ZAINAL, 24 JUN 2019.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyokong agar Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal didakwa melampaui bidang kuasa seorang Menteri Kabinet.

Kenyataan kontroversi Timbalan Presiden PKR itu juga dilihat mengheret kerajaan untuk bersetuju dengan pendirian Pas dan UMNO.

Lantaran itu, Sekretariat Ketua-ketua Cabang Seluruh Malaysia Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Azmin telah melampaui bidang perananannya sebagai Timbalan Presiden PKR serta Naib Presiden Pakatan Harapan (PH)  kerana menyanggah keputusan PH.

Ia kerana isu peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimuktamadkan oleh Pakatan Harapan.

Disebabkan kenyataan bercelaru itu, sekretariat berkenaan mahu Azmin berehat atau melepaskan jawatan dalam kerajaan dan parti.

“Kecelaruan kenyataan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melayakan beliau untuk berehat atau yang lebih baik mengosongkan semua kerusi Menteri dalam Kerajaan serta Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat.

“Kami Ketua-Ketua Cabang seluruh Malaysia juga menuntut Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat mengambil tindakan disiplin ke atas Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali,” ujar sekretariat tersebut. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/29/pendirian-pas-umno-seiring-pandangan-saya-azmin/