Bekas Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid mengangkat sumpah sebagai ahli dewan negara pada persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 27 OGOS 2018.

KUALA LUMPUR – Selepas PKR menolak menolak cadangan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah rogol, Senatornya hari ini tampil memohon maf secara terbuka.

Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Bin Abd Hamid hari ini berkata beliau tidak menyangka cadangannya itu dilihat kesilapan besar yang telah menyinggung ramai kaum wanita.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terjejas dengan pebahasan saya kerana mencadangkan diwujudkan akta gangguan seks melindungi kaum lelaki semasa membahaskan RUU Profesen Peguam Syarie pada 31 Julai 2019 di Dewan Negara,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Semalam bekas Ahli Parlimen Lumut itu mencadangkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol.

“Wujudkan satu akta gangguan seksual ke atas kaum lelaki akibat perlakuan, percakapan dan pemakaian kaum wanita yang boleh sebabkan kaum lelaki tergoda hingga boleh sebabkan perbuatan seperti sumbang mahram, rogol, meraba, pornografi dan sebagainya,” katanya.

Pesara tentera laut itu memberitahu Dewan Negara, gesaan itu dibuat supaya golongan lelaki “selamat” dan seteruskan “negara jadi aman”.

Awal hari ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan dengan berkata ia tidak munasabah dan menghina golongan wanita.

Cadangan itu juga kata Anwar memberi gambaran bahawa golongan lelaki tidak bermoral dan mudah tergoda hingga boleh terlibat dengan perbuatan keji.

“Adalah lebih molek sekiranya kita memfokuskan terhadap agenda memartabatkan wanita dengan memperkasa undang-undang dalam menolak sebarang serangan seksual terhadap mereka,” katanya dalam satu kenyataan dan meminta Mohamad Imran menarik balik cadangan tersebut.

Justeru itu, Mohamad Imran bertindak menarik balik kenyataan yang dibuatnya, semalam. -MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

https://malaysiagazette.com/blog/2019/08/01/cadang-akta-lindungi-lelaki-daripada-tergoda-hina-wanita/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast