KUALA LUMPUR – Ahli-ahli lembaga pengarah FGV Holdings Bhd. (FGV) tetap meneruskan tugas seperti biasa walaupun tiada bayaran selepas tiga pemegang saham utamanya menolak usul berhubung bayaran dan manfaat kepada lembaga pengarah dalam mesyuarat agung tahunan baru-baru ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat peladangan sawit terbesar negara itu tetap komited untuk memulihkan syarikat berkenaan.