LONDON – Institut Pengurusan Akauntan Bertauliah (CIMA) akan menamatkan yuran pengecualian kepada penuntut-penuntut baharu yang memegang kelayakan atau ijazah berkaitan,

Ia adalah yuran kemasukan peperiksaan.

Peraturan itu berkuatkuasa 1 Ogos 2019 bagi penuntut yang berdaftar untuk Pensijilan CIMA dalam Perakaunan Peniagaan dan Kelayakan Profesional CIMA.

CIMA dalam kenyataannya berkata, perubahan itu bagi menggalakkan lebih banyak penunut memulakan pengajian mereka dan menyokong pembangunan karier.

CIMA adalah entiti pengurusan akauntan terbesar dan merupakan badan profesional pertama dalam sektor perakaunan di United Kingdom.

Disokong oleh Persatuan Akauntan Profesional Bertauliah Antarabangsa, suara bersatu CIMA dan AICPA, kelayakan Profesional CIMA diiktiraf di seluruh dunia sebagai program kewangan yang paling relevan bagi para profesional yang mencari kerjaya dalam perniagaan.

Pada masa ini terdapat lebih dari 117,000 pelajar di seluruh 156 negara yang sedang melengkapkan Kelayakan Profesional CIMA dan mendapat gelaran Akauntan Pengurusan Global Chartered (CGMA). – MalaysiaGazette