Enam bom meletup di Bangkok, Thailand

BANGKOK – Semua enam bom meletup di tiga lokasi di Bangkok hari ini dan sebuah peranti letupan ditemui sebelum ia meletup.

Perkara tersebut disahkan oleh Kolonel Polis Thailand, Kamtorn Uicharoen kepada Reuters.

Tambahnya, tiga bom meletup di Kompleks Kerajaan di Chaeng Wattana manakala sebiji lagi bom gagal.

Dua bom lagi meletup di kawasan Chong Nonsi.

“Bom-bom di dua kawasan tersebut telah ditambah baik dengan penetap masa,” katanya.

Menurut Kamtorn, sebiji bom “ping pong” meletup di kawasan Suan Luang.- Agensi