Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak meminta Datuk Seri Dr Mujahid Yusof tidak perlu memandai membuat tuduhan berhubung tempat duduknya semasa hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara Selasa lalu.

Bekas perdana menteri itu berkata, macam-macam telah keluar daripada mulut Mujahid.

Lantaran itu, Najib bertanya sama ada Mujahid faham atau tidak istiadat istana.

“Sedih ada Menteri seperti kekanda yang kononnya jaga agama.

“Dia tuduh saya sendiri yang nak ditempatkan di tempat duduk pembesar dan lepas itu saya sengaja tak nak bawa pakaian istiadat Orang Besar untuk jadikan alasan tak hadir.

“Tanya dia kalau mengikut protokol susunan kekananan, bekas Perdana Menteri patut ditempatkan di mana?

“Tak payahlah nak memandai menuduh. Anda cuma pandai tulis warkah sahaja,” sindirnya.

Semalam, Mujahid menafikan berlaku campur tangan Pejabat Perdana Menteri berhubung tempat duduk Najib pada hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara Selasa lalu.

Artikel berkaitan:Najib akui tempat duduknya ditukar

TERKINI : Kerusi Najib Kena Alih!!! Saya Tak Tahu, Tak Nampak – Tun Mahathir

Katanya, tidak timbul sama sekali soal perubahan kerana bekas perdana menteri itu telah dimaklumkan lebih awal beliau akan duduk di barisan kerabat Pahang.

“Bukan soal kerusi dia dialih. Kita memang sudah tetapkan tempat duduk Najib dan beliau pula memberi alasan tidak bawa pakaian adat rasmi Pahang. Itu masalah dialah.

“Jadi, tidak tidak timbullah kita alih, kita nafikan kita alih kerusi dia,” kata Mujahid. – MalaysiaGazette

Najib beri alasan tidak bawa pakaian adat rasmi Pahang. Itu masalah dia lah – Mujahid