Stesen keretapi di Hamburg, Jerman. foto Agensi

HAMBURG – Polis Jerman sedang menyiasat pengumuman yang berbaur rasis di sebuah stesen kereta api pada minggu ini selepas kes pembunuhan seorang kanak-kanak oleh lelaki Eritrea baru-baru ini.

Pengumuman suara lelaki itu menyatakan: Untuk semua penumpang Jerman. Semua orang perlu memastikan berdiri di belakang garisan keselamatan dan selamat, berjalan di tengah-tengah platform dan memegang tangan anak-anak. Dan jika orang yang berdiri di sebelah anda nampak mencurigakan, maka teruskan berjalan untuk menghindari lagi serangan daripada Muslim”.

Jurucakap German Railway Service berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung perkara itu.

Sehari sebelum itu seorang lelaki Ortodoks Kristian dan penduduk tetap Switzerland telah menolak kanak-kanak lelaki lapan tahun di hadapan kereta api laju yang sedang bergerak, menyebabkan ia terbunuh.

Suspek telah didakwa membunuh.

German Railway Service berkata, pihaknya masih belum berjaya mengenal pasti individu yang membuat pengumuman berkenaan.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya pengumuman rasis seperti yang dimaklumkan oleh beberapa saksi,” ujarnya. – MalaysiaGazette