Parti Sosialis Malaysia

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan membuat u-turn berhubung isu Lynas merupakan satu penipuan kepada ratusan ribu pengundi yang memilih Pakatan Harapan (PH) untuk berkuasa.

Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sharan Raj berkata, PH yang mengepalai sokongan rakyat untuk kempen Save Malaysia, Stop Lynas bagi memperoleh kuasa.

Tetapi sebaik sahaja mendapat kuasa, PH lupa perjuangannya dan memihak kepada entiti asing berbanding kepentingan rakyat.

Katanya, PSM menentang keputusan kerajaan untuk membenarkan bahan sisa dari kilang nadir bumi itu dilupuskan di sini dalam kemudahan pembuangan kekal (PDF).

Ini kerana, bencana yang tidak diingini boleh memusnahkan dan kegagalan PDF yang mengundang bahaya serius kepada rakyat kita.

Selain itu, Malaysia juga akan kehilangan banyak tanah pembinaan PDF yang akan menjadikan tanah itu tidak berguna bagi generasi akan datang.

Sehubungan itu, Sharan berkata, PH tidak perlu memperbaharui lesen operasi Lynas sehingga sisa radioaktif dibersihkan, malah cadangan PDF juga perlu ditolak.

“Cukup-cukuplah dengan u-turn dan video seks, segerakan pelaksanaan manifesto,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast