Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Hanya 10 peratus rakyat yang berani berani menegur bagi menjadikan Malaysia sebagai negara bebas sampah dan pencemaran.

Justerus Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya akan melancarkan kempen ‘Saya berani menegur’ sebagai usaha membudayakan rakyat saling menjaga alam persekitaran.

“Saya perlukan 10 peratus sahaja rakyat Malaysia yang berani untuk menegur, seluruh negara akan bersih.

“Jadi saya, InsyaAllah sudah memikirkan satu kempen ‘Saya berani menegur’.

“Jadi rakyat yang nak menegur tidak segan yang kena tegur pun tidak boleh marah sebab ia kempen seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan The River Trail diĀ  Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Taman Melawati.

The River Trail merupakan usaha sebuah NGO memelihara sungai-sungai berdekatan.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, guru dan persatuan penduduk adalah antara pihak yang dilihat boleh membantu kerajaan dalam menjayakan kempen ‘Saya berani tegur’ kelak, dan menerapkan sikap menerima teguran secara terbuka kepada masyarakat.

“Kualiti masyarakat penting, persekitaran bersih juga penting. Kita kena budayakan amalan menegur.

“Kalau ada yang sambut budaya itu, yang vokal seperti cikgu-cikgu, persatuan pendudu. Kalau tidak yang kena tegur marah pula,” tambahnya. – MalaysiaGazette