Sebahagian daripada kokain seberat 4.5 tan yang dirampas di Hamburg, Jerman

HAMBURG – Perkhidmatan Kastan Jerman merampas 4.5 tan kokain yang ditemui dalam sebuah kontena di Hamburg.

Ia merupakan rampasan dadah terbesar di Jerman setakat ini, lapor RT.

Kontena tersebut dalam perjalanan ke Belanda dari Uruguay dan ia sepatutnya diisi dengan kacang soya.

Bagaimanapun, para pegawai kastam Jerman di bandar pelabuhan, Hamburg menemui kokain di dalamnya.

Dadah tersebut dimampatkan dalam 4,200 bungkusan yang disembunyikan dalam 200 beg kain bewarna hitam.

kokain1

Perkhidmatan Kastan Jerman berkata, ia menganggarkan nilai harga pasaran dalah itu ialah €1 bilion.

“Kuantiti yang besar mewakili rampasan kokain tunggal terbesar di Jerman,” katanya yang mengesahkan rampasan tersebut melalui satu kenyataan.

Pada 2017, Perkhidmatan Kastam Jerman merampas dadah seberat 3.8 tan. – Agensi