Rakaman wajah lelaki yang melakukan tembakan rambang di sebuah pasar raya Walmart di Texas. foto Agensi

TEXAS – Seramai 20 orang terbunuh manakala 26 lagi cedera selepas berlaku tembakan rambang di El Paso, di sini.

Gabenor Texas, Abbott menyifatkan ia sebagai hari paling banyak kematian dalam sejarah negeri ini.

Serangan berdarah itu berlaku di pasar raya Walmart dekat Cielo Viesta Mall, beberapa batu dari sempadan Amerika Syarikat-Mexico.

Suspek, seorang lelaki berusia 21 tahun telah ditahan. Dia dipercayai bertindak bersendirian.

Media-media tempatan melaporkan suspek yang dikenal pasti sebagai Patrick Crusius adalah penduduk di Allen, Dallas.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang memakai baju- T gelap dan memakai alat perlindungan telinga memegang senjata seperti raifal.

Polis dan FBI sedang menyiasat sama ada “manifesto” nasionalis putih yang dikongsi dalam forum atas talian telah ditulis oleh lelaki bersenjata itu.

Dokumen itu mengatakan serangan itu disasarkan kepada komuniti Hispanik tempatan.

Ketua Polis El Paso Greg Allen berkata, laporan tembakan itu diterima pada 10:39 waktu tempatan (16:39 GMT), dan pegawai penguatkuasa undang-undang berada di tempat kejadian dalam masa enam minit.

Ketika serangan, Walmart penuh dengan orang ramai yang sedang membeli-belah.

Setakat ini,  kata Allen, lelaki itu adalah satu-satunya suspek yang disyaki melakukan serangan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast