Majlis makan malam dan pengiktirafan buat pengedar De Asia dari seluruh negara berlangsung di Shah Alam baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Syarikat minuman kesihatan, De Asia Dreams Care Solutions (De Asia) akan membuka kafe pertamanya di Shah Alam, Selangor seawal tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif De Asia, Muhamad Al-Fizan Mat Rodi berkata, sebagai pengenalan, kafe yang dikenali Kafe De Asia akan berkonsepkan hipster dalam usaha memberi pengalaman baharu kepada pengunjung.

Jelas beliau, pada masa sama, minuman keluaran syarikat, De Asia White Coffee bakal dijadikan tarikan utama menu sebagai jenama kepada kafe tersebut.

“Kami merancang untuk menjadikan Kafe De Asia bukan sekadar pengunjung datang minum kopi namun tempat melepak dan melakukan urusan peribadi dalam suasana santai

“Kami akan menghidangkan minuman Kopi De Asia bersama menu nasi lemak kukus, makanan Barat dan kek sebagai pembuka selera sebagai pilihan kepada pengunjung untuk datang berulang-kali,” katanya yang menceburi industri minuman sejak empat tahun lalu.

SRA_0728
Muhamad Al-Fizan Mat Rodi

Beliau berkata demikian selepas majlis makan malam dan pengiktirafan buat pengedarnya dari seluruh negara di Shah Alam baru-baru ini.

Seramai 40 usahawan De Asia diraikan pada majlis tersebut.

Muhamad Al-Fizan menambah, syarikat telah membuat pelaburan untuk menceburi bidang perniagaan kafe dengan modal pelaburan berjumlah RM30,000.

Kata beliau, Shah Alam dipilih berdasarkan populasi masyarakat yang ramai termasuk menjadi golongan mahasiswa yang belajar di pelbagai institusi awam dan swasta di bandar itu.

“Syarikat memiliki keyakinan untuk menceburi industri makan jika memegang dua prinsip asas iaitu mengutamakan kebersihan dan kakitangan yang mesra.

“Selain itu, kafe ini akan mengamalkan kandungan menu yang tidak kedekut selain memberi baucar diskaun sehingga 20 peratus untuk menggalakan pelanggan datang lebih kerap,” katanya.

Kafe De Asia akan dibuka kepada orang ramai awal tahun depan.
Kafe De Asia akan dibuka kepada orang ramai awal tahun depan.

Mohamad Al-Fizan meluahkan keyakinan terhadap konsep perniagaan baharu itu memandangkan keahlian syarikat De Asia kini berjumlah 14,000 orang di seluruh negara.

White Coffee merupakan satu-satunya produk De Asia yang menggunakan biji kopi beraroma Arabica dari Indonesia dan melalui pemprosesan serta pembungkusan di pusat operasi di Puncak Alam

Kopi itu diadun bersama sembilan kandungan rahsia termasuk enam herba terpilih yang memberikan rasa lazat berkrim, selain aroma sangat wangi dan menenangkan.

Kopi ini tinggi kandungan antioksida dan dapat bekalkan tenaga serta bantu sistem dalaman tubuh.

Ketika ini, jualan produk itu sebanyak 10,000 kotak sebulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast