Nuon Chea. foto Agensi

PHNOM PENH – Nuon Chea, ketua ideologi dan ‘Brother Number Two’ Khmer Rouge di Kemboja, yang memerintah dengan kejam pada tahun 1970-an hingga mengakibatkan pembunuhan kira-kira dua juta orang, meninggal dunia semalam, pada usia 93 tahun.

Nuon yang mati ketika dalam tahanan selepas dia didapati bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai pada tahun lalu selepas hampir empat dekat selepas rejim Maois yang mengawasi ‘Killing Fields’ digulingkan.

Dia merupakan antara kumpulan kecil yang diketuai oleh ‘Brother Number One’ iaitu Pol Pot – yang mendapat pengaruh komunis Perancis dan bangkit untuk membawa revolusi berdarah bagi menentang kerajaan yang disokong oleh Amerika Syarikat selepas Perang Vietnam.

Ideologi ekstremis rejim 1975-79 itu bertujuan untuk mengembalikan Kemboja ke “tahun sifar’ dalam usahanya untuk mewujudkan penduduk bertani.

Antara 1.7 hingga 2.2 juta penduduk matu semasa empat tahun pemerintahannya akibat kebuluran, penyeksaan, keletihan dan wabak penyakit atau mati semasa pembunuhan besar-besaran.

“Kami mengesahkan bahawa Nuon Chea, 93, meninggal dunia malam ini pada 4 Ogos 2019 di Khmer Soviet Friendship hospital,” kata jurucakap di Dewan Luar Biasa di Mahkamah Kemboja (ECCC).

Tambahnya, keluarga Nuon sudah dimaklumkan tentang kematiannya.

Kini, pemimpin Khmer Rouge hanya tinggal bekas presiden Khieu Samphan dan Kaing Guek Eav, yang juga dikenali sebagai Komrad Duch, sedang menjalani hukuman mati selepas disabitkan dengan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Pol Pot pula telah meninggal pada tahun 1998 pada usia 73 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast