Nina menyambut hari ulang tahun kelahirannya dengan menganjurkan majlis persandingan dengan suami, Azlan di Cheras, malam tadi. Foto FB David Teo

KUALA LUMPUR – Pelakon, Nina Iskandar menyambut hari jadinya yang ke-28 dengan menganjurkan majlis resepsi perkahwinan dengan suami, Azlan Adzanan, di sini.

Majlis persandingan pelakon kelahiran Brunei itu dengan Azlan yang bernikah April lalu, disempurnakan di sebuah premis acara di Cheras, malam tadi.

Dalam satu kenyataan MIG Metrowealth memaklumkan, acara itu dihadiri keluarga dan teman rapat.

“Jadual penggambaran padat dan kekangan masa membuatkan acara resepsi yang menjadi satu-satunya majlis persandingan kami, diadakan.

“Majlis dihadiri keluarga Nina dari Brunei dan Azlan dari Johor,” kata Nina dalam kenyataan itu.

Antara rakan artis dan tenaga produksi yang hadir adalah Amar Baharin dan isteri, Amyra Rosli; Faezah Elai diiringi suami, Heykal Hanifah; Shakila Khoriri, Putri Aishah, Nazrief Nazri dan Vicha.

Hadir sama pada majlis itu David Teo bersama isteri, Along Kamaruddin; Shah Jaszle; Zahiril Adzim; Dayang Areeda; Faradiya; Azza Elite; Maria Tunku Sabri dan Datin Fouziah Gous.

Difahamkan, Nina mengenali Azlan yang juga penolong pengarah, ketika terbabit dengan drama Setelah Cinta Itu Pergi arahan Heykal Hanifah. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.