Fathul Bari Mat Jahaya
Fathul Bari Mat Jahaya

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen DAP hari ini dicabar untuk melabelkan 28 individu yang terlibat dalam pergaduhan di Kuil Kaliamman, Bestari Jaya, Kuala Selangor sama ada sebagai pengganas ataupun ektremis agama.

Cabaran itu dibuat oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang turut merujuk kepada beberapa menteri Kabinet berbangsa India.

“Nak tanya YB Waytha Moorthy, YB Kula, YB@limkitsiang, YB@guanenglim, macam nie boleh disebut sebagai pengganas@ekstremis agama? Siap bergaduh guna parang bagai,” katanya dalam ciapan terbaru di akaun Twetter miliknya, hari ini.

Beliau merujuk insiden pergaduhan membabitkan 28 individu di antara dua kumpulan di Kuil Kaliamma, Bestari Jaya, Kuala Selangor, malam, semalam.

Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, seorang anggota polis cedera di bahagian tangan dan menerima enam jahitan selepas diserang ketika cuba mententeramkan keadaan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, satu perarakan keagamaan telah diadakan di kuil berkenaan, namun berlaku pertengkaran di antara dua kumpulan terbabit.

Dua kumpulan itu bergaduh mengenai pemasangan khemah dan akhirnya sehingga menggunakan senjata parang. – MalaysiaGazette