TERKINI : Kerajaan Tidak Keluar Amaran Larang Rakyat ke Hong Kong – Mohamaddin Ketapi

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, belum ada keperluan untuk kerajaan mengeluarkan amaran kepada rakyat negara ini yang ingin melawat Hong Kong.

Beliau menjelaskan, ini kerana insiden tunjuk perasaan di negara itu baru berlaku selepas penunjuk perasaan mahu melumpuhkan bandar raya itu.