BEIJING – Air China akan menggantung penerbangan bagi laluan Beijing-Hawaii mulai 27 Ogos ini selepas ia menyemak semula rangkaiannya, syarikat penerbangan China.

Selain itu, katanya, permintaan pengembaraan lemah disebabkan perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Menurutnya, para penumpang yang sudah membeli tiket selepas tarikh itu akan dikembalikan semula wang mereka, kata Air China dalam satu kenyataan di sini.

Purata faktor muatan penumpang Air China untuk laluan Beijing-Honolulu tiga kali seminggu dengan kapasiti 66.37 peratus pada tahun lalu, menurut penyedia data penerbangan China Variflight.

Angka itu jauh di bawah purata faktor muatan sebanyak 76.69 peratus untuk penerbangan antarabangsa Air China pada tahun lepas.

Pada tahun lalu, Hawaiian Airlines menarik semula perkhidmatan tanpa henti bagi laluan yang sama antara Honolulu dan Beijing, yang dibuka pada 2014 disebabkan penyusutan permintaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Ingram berkata, laluan itu digantung kerana kekurangan pertumbuhan dan bukan kerana ketegangan perdagangan dengan China.

Beijing telah mengeluarkan nasihat pengembaraan mengenai risiko perjalanan ke Amerika Syarikat, berikutan kebimbangan mengenai keganasan senjata api, rompakan dan pencurian.

Bilangan pelancong China yang tiba di Amerika Syarikat mencatatkan penurunan pertama tahun lepas dalam 15 tahun, menurut data. – MalaysiaGazette