TERKINI : Tulisan Jawi Diwarisi Semua Bangsa – Dr. Mohamed Hatta

KUALALUMPUR – Tidak wajar tulisan Jawi dibantah oleh rakyat Malaysia kerana ia merupakan seni khat yang diwarisi semua kaum sejak zaman berzaman.

Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom berkata, zaman dahulu iaitu selepas beberapa tahun kejatuhan Kesultanan Melaka, Jawi menjadi tulisan penganut Kristian.

“Kita perlu melihat Jawi sebagai warisan satu bangsa iaitu yang duduk merata di nusantara seperti Bugis, Jawa, Kelantan, Kedah, Johor dan Kalimantan Indonesia.