Pengerusi Air Asia X, Tan Sri Rafidah Aziz berucap pada Majlis Seri Wacana Perdana "Faktor Pasukan Menimbulkan Kemajuan Ekonomi Malaysia dan Bagaimana Untuk Mengatasinya" di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 07 OGOS 2019

PUTRAJAYA – Veteran politik, Tan Sri Rafidah Aziz berpendapat pengenalan pembelajaran tulisan Jawi dan seni Khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 dalam sistem Pendidikan negara menjelang 2020 hanya perlu dijadikan sebagai subjek elektif.

Beliau berkata, ia tidak sepatutnya dijadikan subjek teras yang diwajibkan kerana akan memberi tekanan kepada murid yang tidak meminati mata pelajaran berkaitan seni.

Jelas beliau, ini kerana tulisan Jawi adalah kaligrafi berbentuk seni yang memerlukan bakat dan minat seorang untuk mempelajarinya.

“Apa yang satu tahu, tulisan Jawi dan khat bukan isu bahasa dan subjek, ia adalah kaligrafi macam kaligrafi Cina untuk membentuk perkataan.

“Persoalannya sama ada hendak dijadikan subjek (teras) atau elektif. Kalau elektif saya okay, teruskan kerana ada mereka yang berminat dengan bidang seni seperti itu.

“Tapi jangan wajibkan dan beri tekanan kepada murid-murid. Kalau saya jadi pelajar, saya suka belajar kaligrafi kerana minat saya ada untuk jadi pereka.

“Sebenarnya ada lagi benda yang perlu dipelajari dan elektif hanya sebagai pilihan. Itu saya alu-alukan. Ia bukan kerana isu bahasa. Kita tidak boleh paksa mereka yang tidak minat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Wacana Perdana Siri 21 bertajuk Team Factors Impending Malaysia Economic Progresss And How To Overcome Them di Yayasan kepimpinan Perdana di sini hari ini

Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut menambah, Kementerian Pendidikan sepatutnya meningkatkan pengguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid sekolah.

“Tulis Jawi atau khat ini kaligrafi kerana memerlukan bakat. Saya yang pertama yang gagal (tulisan jawi). Sepatutnya perbetulkan penggunaan bahasa Inggeris kerana kita akan berurusan dengan dunia luar,” katanya. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Sepatutnya perbetulkan bahasa malaysia dahulu. Masih ramai lagi yg mengaku sebagai rakyat malaysia, tapi cakap bahasa malaysia pun tak tahu dan tak faham serta tak betul.

  2. Tulisan jawi akan membebankan lagi pelajar india dan cina. Ramai murid belum menguasai bahasa. Kementerian perlu mengatasi masala yang ada bukan menambahkan masalah lagi

  3. Bahasa Melayu mn ada kelas..inggeris tu yg patut blajar..stuju dgn nenek pidah..Kita nk berurusan dgn dunia luar

  4. Setuju. Atau hanya perkenalkan sebagai 1 topik dalam matapelajaran lukisan. Mungkin masukkan calligraphy Cina juga.

Comments are closed.