Gangguan sistem IT di Lapangan Terbang Heathrow menyebabkan penumpang tidak dapat daftar masuk. foto Agensi

LONDON – Sistem teknologi maklumat (IT) British Airways mengalami masalah menyebabkan berlakunya penangguhan beberapa pesawat di beberapa lapangan terbang.

Masalah itu berlaku ketika jumlah penumpang meningkat sempena cuti musim panas.

British Airways yang dimiliki oleh International Airlines Group memohon maaf kepada para penumpang disebabkan masalah itu dan memaklumkan pasukan teknikal sedang berusaha menanganinya secepat mungkin.

Syarikat penerbangan itu tidak dapat mengesahkan berapa ramai orang yang terjejas akibat masalah tersebut.

Punca masalah itu belum dikenal pasti.

Tetapi ada penumpang memuat naik gambar tidak dapat membuat daftar masuk dan ada yang berkongsi gambar pesawat tidak boleh berlepas di lapangan terbang Gatwick dan Newcastle.

Gangguan ini adalah siri terbaharu yang melanda sistem teknologi maklumat penerbangan selepas masalah sama berlaku di Heathrow pada tahun 2017. – MalaysiaGazette