Tengku Indera Pahlawan Diraja Selangor, Tengku Datuk Setia Putra Al Haj (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Pengerusi Kumpulan Syarikat Olie Scape Holdings Sdn Bhd, Datuk Shahoran Johan Ariffin dengan Pengarah Eksekutif Al-Aaly Factory For Prefab Houses Co. Ltd. (AAFPH), Syeikh Fahad Alotaibi (tiga kiri) pada majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) Antara Olie Scape Holdings Sdn. bhd. (OSH) dengan Al-Aaly Factory For Prefab House Co. Ltd. (AAFPH) di The Everly Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 07 OGOS 2019

PUTRAJAYA – Sebuah syarikat kontraktor tempatan bakal terlibat membangunkan rumah penginapan bagi jemaah haji di Mekah.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Kumpulan Olie Scape Holdings Sdn Bhd (OSH) Datuk Shahoran Johan Ariffin hari ini.

Katanya kerajaan Arab Saudi  telah menyatakan persetujuan untuk pembangunan itu dan akan menentukan syarikat mana dari negara itu yang akan OSH bekerjasama demi menjayakan projek pembinaan itu kelak.

Namun katanya lagi masa pembangunan belum dimuktamadkan lagi.

“Pada masa akan datang OSH rancang untuk bina rumah penginapan bagi 300,00 jemaah haji. Kami akan muktamadkan kemudian,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat dari Arab Saudi Al-Aaly Factory For Prefab Houses bagi pembinaan 7,000 rumah d sana.

MGF070819_MOU OLIE SCAPE DAN AL AALY FACTORY02
Tengku Indera Pahlawan Diraja Selangor, Tengku Datuk Setia Putra Al Haj (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Pengerusi Kumpulan Syarikat Olie Scape Holdings Sdn Bhd, Datuk Shahoran Johan Ariffin (empat kanan) dengan Pengarah Eksekutif Al-Aaly Factory For Prefab Houses Co. Ltd. (AAFPH), Syeikh Fahad Alotaibi (tiga kiri) pada majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) Antara Olie Scape Holdings Sdn. bhd. (OSH) dengan Al-Aaly Factory For Prefab House Co. Ltd. (AAFPH) di The Everly Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 07 OGOS 2019

Projek itu menurut Shahoran menjadi yang pertama untuk syarikat itu terlibat dalam pembinaan di Mekah.

Jelas beliau kos pembinaan dianggarkan mencecah RM 2.4 bilion.

“Kami menerima kuota bina rumah 7,000 daripada 30,000 sepenuhnya untuk fasa pertama. Dijangkakan akan ada empat fasa,”tambah beliau.

MGF070819_MOU OLIE SCAPE DAN AL AALY FACTORY04
Pengerusi Kumpulan Syarikat Olie Scape Holdings Sdn Bhd, Datuk Shahoran Johan Ariffin bercakap pada majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) Antara Olie Scape Holdings Sdn. bhd. (OSH) dengan Al-Aaly Factory For Prefab House Co. Ltd. (AAFPH) di The Everly Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 07 OGOS 2019

Projek pembangunan rumah itu dijangkakan akan bermula tahun hadapan dan siap dalam tempoh 18 bulan sahaja meskipun diberikan had masa selama tiga tahun.

Ini kerana kata Shahoran syarikat itu akan menggunakan teknologi sistem binaan berindustri (IBS) yang akan menjimatkan masa.

Shahoran menandatangan MoU dengan Pengerusi Lembaga Pengarah Al-Aaly Factory For Prefab Houses Fahan Alotaibi.-MalaysiaGazette