Joao Cancelo sah melengkapan perpindahan ke Stadium Etihad dengan yuran 60 juta pound semalam.

MANCHESTER – Manchester City melengkapkan pembelian bek kanan Juventus, Joao Cancelo bernilai £60 juta (RM306.4 juta).

Perjanjian itu juga menyaksikan pemain pertahanan City, Danilo, 28, berhijrah ke Turin dengan yuran berjumlah £34.1 juta.

Cancelo, 25 menandatangani kontrak enam tahun bersama City dan merupakan pemain ketiga yang direkrut setakat ini selepas Angelino dan Rodri.

“City merupakan kelab terbaik yang dikemudi pengurus yang bijak dan saya gembira menyertai pasukan ini di Etihad.

“Segala ciri ciri kelab ini sangat mengagumkan termasuk kemudahan dan corak permainan atas padang.

“Saya datang ke sini atas tujuan membangunkan karier saya ke arah lebih baik dan tidak sabar menguji diri dalam aksi Liga Perdana Inggeris esok,” katanya.

Cancelo menyertai Juventus dari Valencia dengan yuran berjumlah £35 juta pada musim lalu.

Dia juga dipinjamkan ke Inter Milan selama semusim sebelum beraksi dengan Juventus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast