David Luiz

LONDON – Pengurus Arsenal, Unai Emery akan melakukan kesilapan besar sekiranya membawa masuk David Luiz .

Legenda the Gunners, Martin Keown memberi amaran kepada pengurus pasukan itu supaya tidak mengambil langkah bahaya yang boleh memberi kesan kepada kemajuan kelab itu menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris yang bermula minggu ini.

“Jika saya berada di Stadium Emirates dan berpeluang bersama Emery, saya akan menasihatinya supaya tidak membeli David Luiz.

“Jangan layan tawaran itu, kerana dia bukan pemain pertahanan yang diperlukan kelab.

“Saya sedar Arsenal memerlukan pemain pertahanan yang kuat tapi saya tidak merasakan Luiz adalah penyelesaiannya kerana risiko tinggi menanti Arsenal jika beli dia,” katanya.

Menurutnya, corak permainan pemain Brazil berusia 32 tahun itu akan membahayakan pertahanan Gunners kerana tidak disokong seperti Chelsea.

“Saya tidak menafikan kebolehan Luiz kerana dia berbakat dalam menghantar bola secara tepat kepada penyerang namun di bek pertahanan dia kerap melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.

“Ia akan memberi kesan kepada pasukan,” katanya.

Frank Lampard selaku pengurus baharu Chelsea menghalang Luiz menyertai pasukan utama selepas mengambil kira perestasi semasaa pemain itu yang merosot.

Luiz merupakan antara beberapa pemain veteran yang disambung kontrak oleh bekas Pengurusnya Maurizio Sarri.

Kini pemain berlatih bersendirian menjelang pertembungan pembukaan Liga Perdana Inggeris bertemu Manchester United di Old Trafford Ahad ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast