Romelu Lukaku. foto Agensi

MILAN – Inter Milan dilaporkan semakin hampir memuktamadkan perpindahan Romelu Lukaku bernilai £72 juta dari Manchester United.

Semalam kelab Serie A itu mengemukakan tawaran lumayan untuk memujuk United melepaskan bintang Belgium itu.

Pada Julai lalu, the Red Devils menolak tawaran £54 juta yang dikemukakan Inter untuk Lukaku manakala semalam Lukaku didenda United kerana tidak hadir pada sesi latihan sejak Isnin lepas.

Lukaku berlatih bersama bekas pasukannya, Anderlecht dan ejen pemain itu, Federico Pastorello terbang ke London pada Rabu untuk memuktamadkan perjanjian.

Lewat petang Rabu, Pastorello memuat naik gambar beliau bersama pemain itu dalam Instagram sebelum meneruskan penerbangan ke Milan.

Sebelum ini United menyasaran tawaran sebanyak £75 juta untuk Lukaku yang dibawa masuk dari Everton dua tahun lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast