Besi penyokong struktur replika buku di Menara DBP yang sudah berkarat.

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar pemimpin-pemimpin UMNO yang mempolitikkan isu keselamatan replika buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang hendak dirobohkan.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, semua isu hendak dikaitkan dengan agama dan bangsa.

besi
Struktur besi yang memaut replika buku di Menara DBP.

“Bila ada nyawa yang hilang, nak guna hujah perkauman juga ke? Wake up UMNO,” katanya yang dipercayai menyindir penyokong-penyokong UMNO yang menyelar tindakan DBP mahu merobohkan struktur berbentuk buku itu.

Semalam DBP menjelaskan kerja-kerja perobohan replika buku di bumbung menara DBP itu dilakukan atas faktor keselamatan.

Keputusan tersebut diambil selepas pakar mendapati struktur tersebut tidak berada dalam keadaan selamat dan selepas mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja perobohan replika buku tersebut telah dimulakan pada 12 Julai lalu dan dijangka siap pada 16 November ini. – MalaysiaGazette