Gambar menunjukkan sebuah kereta BMW milik seorang anak tuan tanah yang 'dibuang' ke dalam sungai. foto AGensi

NEW DELHI – Seorang lelaki berang apabila kemahuan dia untuk mendapatkan kereta jaguar sempena hari jadi dia tidak ditunaikan.

Sebaliknya, dia menerima kereta  BMW.

Marah apabila permintaannya tidak ditunaikan, pemuda itu bertindak menolak kereta tersebut ke dalam sungai.

Dia yang merakamkan tindakan itu kemudian berkongsi gambar-gambar dalam media sosial.

Video menunjukkan keretanya terapung di dalam sungai di utara Haryana menjadi tular.

Kereta itu kemudian tersangkut di tebing sungai yang dipenuhi lalang tinggi.

Polis sedang menyiasat insiden itu.

Kereta BMW itu dianggarkan bernilai 3.5 juta rupee (AS$49,000) dan Jaguar pula berharga 4 hingga 5 juta rupee.

Pemuda itu dikatakan merupakan anak lelaki pemilik tanah. – MalaysiaGazette