Pusat Islam Al Noor di Oslo. foto Agensi

OSLO – Seorang lelaki cedera dalam kejadian tembakan di dalam sebuah masjid di Norway.

Suspek telah ditahan.

Polis berkata, suspek melepaskan tembakan di Pusat Islam al-Noor, merupakan ‘lelaki muda kulit putih’.

Manakala mangsa pula berusia 75 tahun dan merupakan pengarah masjid Irfan Mushtaq.

“Suspek membawa dua senjata, senapang dan pistol. Beliau memecah masuk pintu kaca dan melepaskan tembakan, ” kata polis.

Penembak yang memakai baju kalis peluru itu telah ditahan oleh kariah masjid sebelum polis tiba. – MalaysiaGazette