TERKINI : “Kaunter Terminal TBS Sesak” Selepas Hari Raya Pertama Aidiladha

KUALA LUMPUR – Setiap kali musim perayaan, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pastinya menjadi pilihan orang ramai bagi mendapatkan tiket bas ekspess untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Suasana kesesakan di kaunter-kaunter tiket di TBS ini lazimnya bermula seawal seminggu sebelum musim perayaan, lebih-lebih lagi Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina setiap tahun.