Datuk Mohamad Mat Yusop
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop. foto NOOREEZA HASHIM, 15 OGOS 2019.

SEREMBAN – Kematian warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang mayatnya ditemui 2.5 kilometer dari resort penginapan di Pantai, di sini, Selasa lalu disebabkan oleh kebocoran usus besar kerana ketiadaan makanan dalam tempoh yang dan stres berpanjangan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, berdasarkan laporan bedah siasat pakar patologi mendapati remaja waga Ireland itu telah meninggal dunia sejak dua hingga tiga hari lalu.

“Punca kematian sebenarnya adalah disebabkan oleh kebocoran pada usus besarnya disebabkan tiada makanan dalam tempoh yang panjang dan disebabkan oleh stress berpanjangan.

“Nora Anne yang dikatakan meninggal dunia atau mati itu lebih kurang 2 hingga 3 hari, tak lebih dari empat hari,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman dalam sidang media berkata, proses bedah siasat Nora Anne yang dilakukan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) bermula dari jam 11.45 pagi hingga 9 malam.

Menurut beliau, proses bedah siasat itu dikendalikan oleh pakar Patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng bersama Dr Hanif Mohammad dari HTJ.

Katanya, proses bedah siasat itu turut dibantu oleh pihak Jabatan Kimia dan Jabatan Forensik Petaling Jaya iaitu Dr Aidora Saedon dan Sufian Arshad Ahmad.

Mengulas lanjut, Mohamad juga berkata, berdasarkan laporan bedah siasat itu juga, kematian Nora Anne bukan disebabkan oleh dirogol berdasarkan tidak wujud sebarang kesan jenayah itu ditubuh badan mangsa.

MGF15082019_PC IPK NEGERI SEMBILAN22
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop bercakap pada sidang media khas mengenai hasil keputusan autopsi mayat Nora Anne Quiorin di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Seremban, Negeri Sembilan. foto NOOREEZA HASHIM, 15 OGOS 2019.

“Tidak ada kesan ianya dirogol, calar-calar kecil di kaki ada sedikit tapi itu tidak menjurus ke arah boleh menyebabkan kematian kepada mangsa.

“Itulah punca kematian yang diperolehi oleh pakar patalogi,” katanya.

Katanya lagi, bagi tujuan siasatan selanjutnya, contoh daripada tubuh badan mangsa telah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia dalam masa terdekat.

“Beberapa sampel daripada tubuh Nora Anne telah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi mengetahui lebih lanjut tentang hasil autopsi berikut,” katanya.

Ditanya tentang wujudnya halangan kepada ibu bapa Nora Anne untuk pulang ke negara asalnya, Mohamad bagaimanapun mereka bebas untuk kembali tanahair.

“Boleh pulang, terpulang kepada mereka. Tiada tempoh tertentu, mereka boleh tuntut mayat ini pada bila-bila saja,” katanya.

Mayat Nora Anne ditemui Selasa lalu dalam keadaan tidak berpakaian di kawasan lurah berhampiran anak sungai, 2.5 kilometer dari resort penginapan remaja itu dan keluarganya di Pantai, di sini. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

Sah mayat Nora Anne

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.