Ilhan Omar (kiri) dan Rashida Tlaib. foto Agensi

TEBING BARAT – Ahli Kongres wanita Amerika Syarikat, Rashida Tlaib telah menolak tawaran Israel untuk membolehkannya melawat nenek beliau di Tebing Barat.

Tlaib berkat, beliau tidak dapat mematuhi “keadaan menindas” yang dikenakan oleh Israel.

Sebagai seorang pengkritik dasar Israel terhadap rakyat Palestin, Tlaib telah disekat oleh Israel daripada membuat lawatan rasmi.

Tetapi difahamkan lawatan peribadi boleh diteruskan selepas Tlaib bersetuju “tidak untuk mempromosikan boikot Israel semasa tempoh lawatannya’.

Tlaib dan rakan kongres dari Demokrat, Ilhan Omar pada asalnya mahu membuat lawatan rasmi ke Tebing Barat dan Baitulmuqaddis dari Ahad.

Tetapi di bawah tekanan daripada Presiden Donald Trump, Israel menafikan kebenaran untuk lawatan ke wilayah yang dikuasainya.

Kenyataan Kementerian dalaman Israel pada hari Khamis mengesahkan larangan masuk, dengan mengatakan ia “tidak dapat membayangkan mereka ingin menjejaskan Israel selepas diberi kebenaran melawat”.

Tlaib dan Cik Omar telah menyuarakan sokongan untuk kempen Boikot, Lupus Pelaburan, Sekatan (BDS) – yang bertujuan untuk meletakkan tekanan ekonomi terhadap kerajaan Israel – kerana tentangan mereka terhadap dasar Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Tetapi dalam satu siri tweet pada hari Jumaat, Ilhan berkata, beliau dan Tlaib tidak meminta untuk bertemu dengan pegawai kerajaan atau pembangkang Israel.

Sebaliknya, Ahli Kongres Minnesota itu merancang untuk bertemu dengan ahli-ali Arab dan Yahudi Parlimen Israel dengan pegawai keselamatan Israel.

Selain itu, mereka juga mahu melawat Hebron, bandar di Tebing Barat dengan veteran tentera.

Ilhan mendakwa dua kongres Demokrat telah melawat Israel tahun lepas “dengan jadual yang hampir sama” dan “anggota Kongres lain telah melakukan perjalanan yang sama” pada masa lalu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.