KUALA LUMPUR – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini mengeluarkan kenyataan yang mengumumkan bahawa kedudukan kewangannya sekarang adalah stabil dan terkawal.

Pengurusan Bernama menjelaskan bahawa semua tunggakan pembayaran kepada pihak berkenaan telah dilunaskan dengan sewajarnya.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran tercetusnya laporan baru-baru ni bahawa Bernama kini menghadapi kekangan kewangan.

Pihak pengurusan Bernama menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia atas keprihatinan dan kerjasama dalam menangani perkara tersebut.

Artikel berkaitan: Isu Bernama: Kerajaan bukan bankrap sehingga tidak mampu bayar gaji – Guan Eng

Bernama akan beri kerjasama penuh siasatan Kementerian Kewangan

“Pihak pengurusan juga menyatakan rasa kesal atas kekeliruan dan ketidakselesaan yang ditimbulkan oleh perkara itu dan telah mengambil langkah berhemat dan mematuhi tadbir urus, etika dan amalan terbaik dalam pengurusan kewangan pada masa akan datang, ” menurut kenyataan itu lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.