Rakaman wajah lelaki yang dipercayai meletakkan dua periuk nasi di stesen Fulton Street, New York. foto Agensi

NEW YORK – Bandar New York gempar selepas penemuan tiga periuk nasi di beberapa kawasan di bandar raya ini.

Penemuan periuk nasi pertama di Manhattan kira-kira pukul 7 pagi (1100GMT) apabila seorang penumpang mendapati ia diletakkan di stesen subway Fulton Street berhanpiran Pusat Dagangan Dunia.

Periuk nasi kedua ditemui di lokasi lain di stesen sama menyebabkan orang ramai di situ dikeluarkan dan dua perkhidmatan subway dan keretapi digantung.

Sebuah lagi keretapi terpaksa dialihkan laluannya.

Siasatan polis kemudian mendapati periuk nasi itu kosong.

Namun, tidak berapa lama kemudian polis menerima panggilan tentang penemuan objek di 16th Streer di daerah Chelsea arah ke utara.

Timbalan Komisioner Perisikan dan Keganasan, Jabatan Polis New York, John Miller berkata, objek berkenaan juga adalah periuk nasi.

Penemuan periuk menjadi kebimbangan selepas periuk tekanan yang mengandungi alat peranti buatan sendiri pada bulan September 2016 telah meletup dan mencederakan 31 orang.

Kejadian itu menyebabkan panik kerana bandar itu tidak lagi dijadikan sasaran selepas peristiwa 9/11.

Rakaman kamera pengawasan menunjukkan dua periuk nasi di stesen Fulton Street diletakkan oleh lelaki yang sama dan lelaki itu kini dijejaki.

Miller berkata, polis tidak pasti jika periuk nasi ketiga turut diletakkan oleh individu yang sama walaupun modelnya sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast