SKMM
SKMM gesa orang ramai manfaatkan Jendela Map bagi mengetahui status liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan tempat tinggal.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggesa rakyat Malaysia supaya tampil melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi DiRaja) di media sosial terus kepada suruhanjaya itu melalui aplikasi Whatsapp di talian 016 220 6262 atau e-mel kepada [email protected].

Platform ini akan memudahkan proses bagi mempercepatkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kandungan 3R dengan kerjasama pihak-pihak yang berkepentingan.

Rakyat Malaysia diminta mengambil tangkapan skrin (screenshot) dan pautan (URL) kepada kandungan yang tidak berhemah di media sosial dan hantar ke talian seperti tertera di atas.

Bagi kandungan negatif yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp pula, sila mengambil tangkapan skrin berserta nombor telefon individu bagi tujuan aduan.

SKMM juga mengingatkan rakyat Malaysia agar mengamalkan sikap kesederhanaan ketika mengulas mengenai isu-isu sensitif bagi memelihara keharmonian dan kedamaian yang telah negara capai melalui persefahaman yang dibina sejak 62 tahun yang lalu.

Sebarang ulasan dan penyebaran kenyataan berunsur negatif serta mengancam perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini mestilah dihentikan serta-merta demi kepentingan bersama.

“Oleh itu, berfikirlah sebelum anda membuat sebarang kenyataan atau ulasan mengenai perkara-perkara sensitif. Jangan sesekali ‘tweet’, kongsi dan membuat ulasan yang boleh menyinggung perasaan pelbagai kaum di negara ini. Hayatilah erti kemerdekaan dan hormatilah sambutan bulan kemerdekaan yang penuh bermakna ini, kata Pengerusi SKMM AlIshsal Ishak. – MalaysiaGazette