KUALA LUMPUR- Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn. Bhd., pemaju bagi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) mengesahkan kejadian besi tumbang ketika pemasangan di tapak pembinaan SUKE sekitar jam 3.30 petang semalam di Persiaran Alam Damai, Cheras.

Dalam kejadian tersebut, tiga pekerja pembinaan dilaporkan cedera dan mangsa telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, tiada orang awam yang terlibat atau tercedera di dalam kejadian tersebut.

Dalam satu kenyataan, SUKE berkata, punca kejadian sedang disiasat dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa di dalam melakukan siasatan.

Dalam pada itu, syarikat turut ingin menasihati orang ramai untuk sentiasa mematuhi peraturan di sekitar tapak pembinaan.

Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) yang memiliki kepentingan dalam SUKE memberi jaminan akan
memastikan aspek keselamatan sentiasa dipatuhi di semua kawasan pembinaan.

Dalam kejadian petang semalam, tiga pekerja warga China cedera selepas struktur besi cerucuk di tapak pembinaan.

Kejadian itu menyebabkan dua mangsa patah tangan dan kaki serta mangsa ketiga cedera.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast